Saturday, March 21, 2009

Khasiat Daun Kadok


Daun Kadok mudah didapati dikawasan pendalaman dan di kampung-kampung. Daun ini mudah didapapi tetapi tidak ramai yang mengetahui kegunaannya terutama generasi muda masa kini. Daun ini sangat mirip kepada daun sirih.

Dahulunya masyarakat melayu menggunakan daun ini sebagai salah satu bahan untuk dibalut bersama-sama rempah lain semasa membuat ikan pais. Ianya ikan yang diperap dengan pelbagai jenis daun untuk menghasilkan rasa yang enak dan aroma yang menyelerakan . Ianya juga digunakan sebagai pembalut ikan pais tersebut.

Ada juga yang menjadikannya ulam dan dimakan dengan nasi. Ianya memberikan khasiat yang baik untuk perjalanan darah dalam badan. Ada juga yang mencampurkan daun kadok ini ke dalam masakan masak lemak pucuk ubi dan dihidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

Generasi dahulu kala nyata menggunakan segala tumbuh-tumbuhan sekeliling yang boleh dimakan sebagai lauk dan ulam di dalam kehidupan seharian mereka.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive