Sunday, March 22, 2009

Hibiscus Garden


Taman Bunga Raya adalah bersebelahan Taman Orkid, berhadapan dengan Taman Burung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Memandangkan ibu dan adiku tidak pernah ke sana aku cuba membawa mereka melawat kedua-dua taman ini. Menarik tetapi banyak lagi kawasan yang sepatutnya dijaga dengan baik. Pengunjung yang lainnya lebih banyak terdiri dari para pelancong asing. Sekiranya tempat ini dijaga dan dinaiktarafkan demi menjaga kualiti, sudah pasti akan lebih ramai pelancong-pelancong asing mahupun pelancong dari dalam negara akan datang melawat.

Tempat ini sebenarnya sangat sesuai dilawati untuk mengetahui dan melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis bunga raya. Masyarakat kita selalunya membayangkan bahawa bunga raya adalah berwarna merah. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa species bunga raya yang berwarna putih, berlapis dan lain-lain lagi.


Sebenarnya melihat keindahan bunga-bunga ini boleh meresapkan keindahan terus ke jiwa kita secara automatik. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai bunga kebanggaan negara kita ini.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive