Showing posts with label Foods 'N' Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Foods 'N' Lifestyle. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Ikan Bakar Resepi Ibu


Just to share ikan bakar resepi ibu.
Agak menarik. Walaubagaimanapun rasanya sangat enak.

Saturday, December 11, 2010

Fullhouse Restaurant - Jalan Yap Kwan Seng

Fullhouse... seindah namanya synonym dengan drama Korean 'Fullhouse'. Sebuah restoran berkonsepkan warna putih dilengkapi dengan perabot, pakaian dan juga hiasan dalaman rumah yang juga berasaskan warna putih yang amat menarik para pelanggan. Set Teriyaki Chicken Burger amat berbaloi dengan harga yang berpatutan. Selain itu terdapat para penggemar ikan yang boleh menikmati 'Pan Sear Dory Fish with Asean Grean' yang terserlah unik rasanya. Selain dari itu bagi penggemar pasta boleh menikmati beberapa jenis recepi spagethi dan pasta. Seperti biasa air minuman idaman ramai 'iced lemon tea' pasti boleh menghilangkan dahaga ketika cuaca panas.

Secret Recipe

'Secret Recipe' not only popular for cakes tapi juga menawarkan beberapa makanan Malaysia kontemporari seperti Tom Yam.

Tidak dinafikan kepopularan restauran ini untuk recipe keknya yang tiada tandingan sentiasa menjadi perbualan penduduk di Malaysia. Terutama bagi sesiapa yang pernah merasai keknya.

Kini restaurant ini bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga mendapat tempat di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Philippines, Pakistan, Brunei dan Australia.

Sejak ianya ditubuhkan restauran ini telah dianungerahkan dengan pelbagai anugerah dan diantaranya adalah;

"Malaysia Book of Records-Largest Cafe' Chain - 2003" by Malaysia Book of Records
"Special Award for Innovative Products 2003" by SIRIM
"Indonesian's Best Restaurant Award 2006" by Yayasan
Penghargaan Prestasi Indonesia
"Philippine Tatler Best Restaurant 2008" by Philippine Tatler
Magazine

Dan banyak lagi anugerah-anugerah lain yang telah diberikan kepada restaurant ini hasil dari pencapaiannya yang terbaik.



Sunday, December 5, 2010

Melepak

















Melepak selepas Final Presentation. Cool. The moment that I waited for so long....Melepak di Sek. 7, Shah Alam. Menu makanan yang boleh didapati agak menarik. Banyak pilihan. Suasanan yang menarik. Macam biasa jenis restoran 'kopitiam' yang menawarkan 'wifi'. Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan menarik nafas lega selepas kami telah berhempas pulas melepaskan penat lelah selama 2 tahun. Buat pertama kalinya kami makan dan terasa benar-benar makan sambil bersantai. Bukan mudah untuk melepaskan penat lelah study for 2 years.

Kebetulan kedai kopitiam ni pulak bukak lagu 'rock kapak'. Cool jugak. Dah terasa macam zaman 80 an la pulak. Asam laksa yang dihidangkan pun nampak tersangat lah menarik. Malah rasanya juga memang enak. Lengkap dengan portion ikan yang sangat besar. Mee Hoon Goreng Tom Yam yang dipesan oleh rakanku jugak tak kurang enaknya. Inilah masa yang sangat sesuai untuk relax dan santai. Muzik ape pun, makanan ape pun tetap akan menjamin kedamaian. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Sunday, November 21, 2010

Kucing Jiranku
































Kucing jiranku. Sangat cantik, sangat comel tetapi suka memanjat atas kereta. Too bad. Banyak bulu kuning berterabur atas bonet dan bumbung kereta.


Dah macam tradisi si kucing comel asyik sahaja memanjat ke atas bonet ataupun bumbung kereta. Kucing yang tak bertamadun langsung. Itulah kegemarannya tiap malam. Melompat dan terus menghuni bonet dan bumbung kereta. Mungkin si kucing comel merasakan itu adalah tempat yang paling selamat untuk beristirehat.


My Favourite Shoes


My favourite shoes. Harganya tak mahal sangat. Walaupun ianya bukan kulit tapi sangat selesa. Pakaian, kasut, aksesori adalah penting bagi wanita. Ianya melambangkan keperibadian si pemakainya. Seseorang boleh kelihatan anggun sekiranya penampilannya digayakan dengan baju dan kasut yang bersesuaian. Warna pilihan turut memainkan peranan yang penting dalam kombinasi memadankan pakain dan kasut.

Yang nyatanya kasut yang bukan kulit lebih terdedah kepada kepelbagaian design yang menarik berbanding kasut kulit. Cuma si pemakai harus lebih berhati-hati dalam menjaga kasut tersebut kerana kadar ketahanannya sedikit kurang berbanding kasut kulit.
Warna cokelat mudah di padankan dengan pelbagai warna lain. Apalagi jika dikenakan dengan baju kurung yang kebanyakannye mempunyai lebih dari satu warna. Jalur dibahagian kiri dan kanan akan mempamerkan keanggunan sepemakai.

Blog Archive