Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Pertandingan Cipta Lagu Malaysia 2010

Semua warga Malaysia sama ada amatur atau professional di jemput untuk menyertai Pertandingan Lagu Malaysia 2010. Tarikh tutup penyertaan telah di lanjutkan sehingga 31 Mac 2011. Hadiah lumayan menanti anda. Lagu yang di cipta hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa empat (4) minit. Khidmat penulis lirik adalah dibenarkan tetapi hanya pencipta lagu sahaja akan diterima sebagai peserta.

Karya ciptaan adalah bebas, dimana penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati kriteria penciptaan yang profesional. Bahasa lirik adalah bebas dipilih dari bahasa pertuturan kaun di Malaysia sama ada Melayu, Cina, Tamil, Inggeris atau dari suku kaum Kadazan, Iban, Orang Asli dan sebagainya, tetapi lagu yang terpilih ke peringkat akhir akan dialih ke Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi pertandingan.


Borang penyertaan boleh dimuat turn dari laman web Kementerian "www.kpkk.gov.my, www.orkestrartm.my atau www.erama.tv"


Penyertaan haruslah di dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik perlu disertakan sekali di atas kertas yang berasingan.


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM2.00 untuk setiap lagu. Pembayaran tersebut haruslah dibuat menggunakan Wang Pos dan dibayar kepada KOPIM atau Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad.


Manakala borang penyertaan serta maklumat lengkap hendaklah di hantar kepada:


Pertandingan CiptaLagu Malaysia 2010

Bahagian Perkhidmatan Muzik

Tingkat 1, Bangunan Rentak 50

Angkasapuri

50470 Kuala Lumpur


Pengesahan penerimaan penyertaan adalah setelah ciptaan di daftarkan di dalam portal www.erama.tv


Hadiah CiptaLagu adalah seperti berikut:


1. Pemenang Pertama RM40,000.00
2. Pemenang Kedua RM25,000.00
3. Pemenang Ketiga RM15,000.00
4. 5 hadiah Saguhati sebanyak RM4,000.00 setiap satu

Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web Kementerian

Sunday, November 21, 2010

Kadar Caruman EPF Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus

Kadar caruman dinaikkan semula ke 11 peratus bermula Januari 2011. Pengumuman tersebut boleh di dapati di laman web KWSP . (http://www.kwsp.gov.my)


Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011.


Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.


Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.


Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.


Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.


Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 18 November 2010

Blog Archive