Saturday, March 21, 2009

Bulan







Bulan

Cahaya indah bak mutiara bersinar
Menyuluh sekalian alam meskipun samar-samar
Indahmu dipuja, tetapi cahayamu tidak dihargai
Hadirnya dirimu simbolikya menyapa impian
Waktu yang dipuja setiap insan untuk melayar impian

Keindahanmu mewarnai kelembutan malam
Seindah dipandang
Kecil di mata tetapi mampu menerangi alam
Tanpamu hilanglah keanggunan malam
Gelita menimpa kesusahan sudah pasti menjelang

Terlalu banyak jasamu tetapi adakah yang sudi mengenang
Kau hanya dijadikan bahan bidalan
Sesetengahnya langsung tidak menyapa akan kehadiranmu
Tetapi tetap meneruskan aktiviti hina dan keji
Sekiranya engkau mampu berkata-kata
Sudah pasti ribuan luahan yang ingin dilafazkan
Hanya segelintir yang mampu menilai kewujudanmu
Bulan.....................

No comments:

Post a Comment

Blog Archive