Thursday, March 19, 2009

Cuti Persekolahan

Cuti persekolahan adalah saat-saat yang paling dinanti-nanti oleh sebilangan besar kanak-kanak yang masih bersekolah. Ingatan yang ada dikotak fikiran mereka adalah berehat, tidur sepuas-puasnya dan bermain. Tetapi tidak kurang juga ada sesetengah kanak-kanak yang sememangnya menantikan hari cuti persekolahan mereka semata-mata untuk menuntut janji ibu bapa untuk membawa mereka bercuti ke tempat-tempat menarik.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga kanak-kanak yang penuh dengan aktiviti-aktiviti kelas tuisyen yang telah dijadualkan oleh ibu bapa mereka semasa cuti sekolah. Untuk memastikan bahawa kanak-kanak pada zaman sekarang terus kompetitif, mereka harus melengkapi diri dengan kepelbagaian ilmu. Memandangkan dengan keadaan taraf hidup dunia yang semakin lama semakin mencabar, maka dari rebunglah kita sepatutnya melentur buluh.


Pelbagai aktiviti telahpun disediakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk menambah ilmu dan pengetahuan murid-murid. Ibu bapa juga seharusnya tidak memandang ringan terhadap pembentukan jati diri anak-anak mereka sedari kecil.


Pelbagai peluang harus di ambil demi mengisi waktu cuti persekolahan kanak-kanak agar lebih bermakna dan berfaedah. Selain dari beristirehat, tuisyen, membantu ibu bapa yang susah dan sebagainya.


Sebelum kita ketinggalan dengan ilmu dan teknologi yang semakin maju, segala kelengkapan untuk membentuk generasi berilmu harus dititikberatkan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive