Kuih tradisional orang melayu seperti kuih seri muka, kuih kasui, kuih lapis dan sebagainya masih sedap dimakan sehingga kini. Daya tarikannya bukanlah kerana rasanya sahaja tetapi warna pada kebanyakan kuih tersebut mampu mencipta tarikan luar biasa kepada pemakannya.
Perisa yang selalunya digunakan untuk kuih muih itu adalah pandan yang terhasil dari daun pandan sendiri. Selain dari itu kelapa parut yang masih muda juga digunakan untuk menyalut kuih kasui yang seterusnya menyerapkan rasa kelapa yang sangat enak.
Tidak susah untuk membuat kuih muih tersebut. Ini disebabkan bahan-bahan yang digunakan amat senang di dapati di mana-mana. Kebanyakan ramuan adalah santan kelapa, tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, gula merah, gula pasir dan sebagainya.
Bekas acuannya juga amat mudah. Kalau dahulu ianya dinamakan 'loyang' sementara menunggu ia sejuk dan sedikit keras. Setelah sejuk ianya sedia untuk di makan. Kebanyakan kuih muih sebegini adalah amat sesuai di hidangkan kepada jiran-jiran tetangga yang datang untuk membantu pihak keluarga pengantin sebelum majlis perkahwinan. Ianya sesuai dijamu kepada tetamu bagi majlis kenduri dan sebagainya.
Lazimnya warga-warga tua zaman dahulu lebih teruja dengan kuih muih sebegini berbanding dengan kuih zaman moden. Oleh itu, sebagai generasi masa kini yang terdedah dengan arus kemodenan tidak sepatunya melupakan kuih-kuih tradisi ini agar ianya tidak lapuk ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment