Kebudayaan adalah cara hidup dan amalan. Definisi dari Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup iaitu merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir; serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi dan sebagainya.
Ini adalah konsep bagi modul kebudayaan yang di perjelaskan lagi kepada para pelatih di PLKN. Ianya menerangkan kepada para pelatih bahawa dua aspek kebudayaan adalah kebudayaan kebendaan dan kebudayaan bukan kebendaan. Kebudayaan kebendaan dapat dilihat dalam bentuk peralatan kesenian, senjata, perkakas memasak, bentuk rumah, dan sebagainya. Contoh-contoh kebudayaan bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, undang-undang, tingkah laku dan seumpamanya.
Penerangan ini adalah merupakan penerangan awal kepada para pelatih agar pemikiran pelatih lebih meluas terhadap kebudayaan di negara Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Kebudayaan dari pelbagai bangsa inilah yang memeriahkan dan sekaligus boleh menyatupadukan keseluruhan bangsa.
Selain dari itu pelatih diperkenalkan dengan ciri-ciri kebudayaan yang terdiri dari:
a. Diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain
b. Boleh dipelajari melalui orang dewasa atau kelompok masyarakatnya.
c. Boleh berubah dan disesuaikan dengan kehendak dan peredaran masa.
d. Mempunyai nilai atau peranan untuk mewujudkan perpaduan. Umumnya sesuatu bangsa itu disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.
e. Melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat dan menuntut setiap anggotanya mengamalkan kebudayaan yang sama.
No comments:
Post a Comment