Monday, December 6, 2010

Petua - Demam Cacar Air - 'Chicken Pox'

Demam Cacar Air - Chicken Pox

Tanda-tanda awal bermula dari demam dan bisa-bisa sendi tetapi tidak diikuti dengan tanda-tanda awal selsema mahupun sakit tekak yang boleh membawa kepada kesan batuk. Sebaik sahaja demam dalam sehari sudah pasti tanda lain seperti gelembung udara (chicken pox) sudah ada di mana-mana bahagian badan walaupun ianya hanya muncul sama ada satu atau dua biji sahaja.

Pastikan bahawa gelembung itu tidak dipecahkan sebaliknya boleh terus berjumpa doktor untuk mengambil suntikan tertentu ataupun kalau mengikut petua lama pesakit seharusnya terus minun air kelapa agar sakit tersebut keluar keseluruhannya.

Sesetengahnya akan menyebabkan pesakit mengalami demam semasa keseluruhan cacar akan mula keluar. Dan pada kebiasaannya ianya akan keluar bermula dari kepala sehinggalah ke tapak kaki.

Untuk memastikan bahawa keseluruhan cacar sudah pun habis apabila didapati ianya telah keluar dibahagian tapak kaki meskipun hanya satu sahaja.

Setelah itu pada kebiasaannya panas badan akan mula berkurang tetapi akan diikuti dengan rasa bisa dan gatal.
Pada masa ini amatlah penting untuk memastikan bahawa bahagian gelembung tidak di garu terutamanya dengan menggunakan kuku, kerana ianya akan menyebabkan kesan kudis yang sukar untuk dihilangkan.

Sebaik-baiknya jika dapat berpantang semasa sakit. Sebarang makanan yang berasakan ikan atau makanan laut dan bergoreng adalah tidak digalakan untuk memastikan agar pesakit tidak terlalu gatal dan bisa.

Sebagai bedak untuk menghilangkan parut kudis setelah ia pecah sendiri dan kering hendaklah di buat dari tepung beras yang dikisar dicampur dengan sedikit daun senduduk dan juga daun pokok cermai serta daun pokok belimbing buluh untuk menghilangkan parut. Ianya dijadikan bedak untuk disapu pada setiap gelembung udara yang telah pecah.

Setelah agak kering pesakit bolehlah di mandikan dengan daun senduduk dan jugak daun serai wangi sebagai campuran di daam air mandian.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive