Saturday, December 11, 2010

Jakarta 10-13 November 2010


Pemandangan yang tak dapat dilupakan sewaktu trip ku ke Jakarta 10-13 November 2010. Aneh, mendebarkan tetapi menarik.

Penginapan di Orchard Hotel, Jakartapusat agak memuaskan. Biliknya boleh dikatakan selesa di tambah pula dengan kedudukannya yang agak berdekatan dengan pusat membeli belah Mangga Dua dan Ancol Dream Land.

Untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, bolehlah menggunakan perkhidmatan Silver Bird seperti yang terpapar pada salah satu gambar. Harganya amat lah berpatutan.

Dalam perjalanan ke hotel kenderaan terpaksa menempuh jalan lintasan keretapi. Lintasan tersebut tidak di pagari dengan sebarang pagar. Sudah menjadi kebiasaannya bagi penduduk-penduduk di situ yang masih jugak berani melintas walaupun loceng telah kedengaran dimana ia menandakan keretapi akan lalu tidak lama kemudian. 'Alah bisa tegal biasa. Kelihatannya mereka melintas sambil berborak-borak dengan tenang.

Mungkin ini telah menjadi asam garam kehidupan bagi penduduk-penduduk di Jakarta.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive