Friday, December 18, 2009
ISO9001:2008
ISO9001:2008 Training on 7-8 Disember 2009
7 & 8 Disember 2009. Training ISO9001:2008 yang sangat berguna dan berkesan anjuran SIRIM. Walaupun isi kandungan training tersebut sebenarnya agak 'flat' dan boleh menyebabkan keboringan yang berpanjangan tetapi training 2 hari kali ini menyebabkan pengetahuanku dan juga rakan sepejabat lebih kukuh berkenaan ISO9001:2008.
Tenaga pengajar dari SIRIM kali ini sangat energetic, berketerampilan dan sangat berwibawa sebagai 'trainer'
'Kursus Audit Dalaman MS ISO9001:2008'. Tajuknya sahaja sangat berkait dengan surveillance audit yang bakal aku tempuhi dalam bulan Januari 2010 nanti. Sekurang-kurangnya dapat kembali menambahkan pengetahuan dan sekaligus mempersiapkan diri untuk menghadapai Surveillance Audit.
Banyak 'aspect' yang harus dilihat dan dipastikan lengkap sebelum menghadapi ISO Audit nanti. Tapi seronok jugak belajar perkara yang baru, mencabar dan walaupun tidak mudah tetapi sekurang-kurangnya berpeluang untuk belajar dan memperbaiki diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment