Sunday, May 3, 2009

Syurga Seafood

Bagi mereka yang gemarkan seafood, KK juga merupakan tempat yang menawarkan pelbagai jenis seafood yang boleh memenuhi citarasa anda.

Kesegaran dan harga yang berpatutan mampu menawan hati para pelanggan yang berkunjung ke Waterfront, Kota Kinabalu untuk menikmati kepelbagaian makanan laut ini. Sediakan duit dan pilih sahaja besar, kecil, sederhana, samada ikan, udang, ketam, sotong dan sebagainya. Kata pepatah sesekali mencuba apa salahnya.

Setiap pengunjung pasti akan rambang mata melihat sajian hidupan laut yang dijual di setiap gerai. Kebanyakannya siap dibakar. Walaubagaimanapun ianya akan dipanaskan sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Keadaaannya adalah seperti di sebuah pasar malam yang besar. Namun begitu kemudahan meja makan disediakan yang mana setiap meja telah tersedia dengan limau kasturi, cili potong dan kicap bagi menambah rasa ketika menikmati hidangan.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke KK jangan lupa singgah di Waterfront untuk menikmati juadah seafood yang menarik ini.

4 comments:

  1. kota kinabalu.. nak gi sana!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ha ha... jommmmmmmmmm

    ReplyDelete
  3. wahhhhh..

    adie alahan la ngan seafood..
    tak bleh makan and tak suka..

    kalo makan akan rase loya n nak muntah..
    bleh makan pun.. ada jenis2 dia je.. cam ketam.. ikan.. or kerang..

    semua jenis siput.. udang.. sotong.. x leh mkn.. my family slalu ckp.. wahhhhhh.. rugi ooo tak makan... n.. kurang skit saingan.. huhu~

    (*_*)

    cedih..

    ReplyDelete
  4. Adie

    alamak too bad.... rugi tu.. but anyway enjoy je apa yang adie boleh makan..

    I think there's a lot of nice fruits and vege to be eaten kan..

    ciao

    ReplyDelete

Blog Archive