Friday, May 8, 2009

63 M


Waktu aku berjalan di sekitar Kota Kinabalu aku terjumpa signboard toilet seperti ini di tengah-tengah kota. Pelik tapi menarik, dalam kesibukan kota ternyata mereka tidak melupakan panggilan semulajadi yang ada pada setiap insan. Dalam diam aku memuji segala usaha yang ditunjukan.

Papan tanda ini bertujuan memudahkan sesiapa yang mencari tandas awam. Ianya membuktikan kepekaan perancang terhadap orang ramai. Ianya adalah dari sudut pengertian orang ramai terutamanya pejalan-pejalan kaki.


Sebagai tugas dan tanggungjawab yang harus kita semua pikul adalah memastikan ianya dijaga dengan baik. Jika setiap orang bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara segala kemudahan yang disediakan maka keharmonian negara dapat dipertingkatkan.







Chocolate for Present


Coklat for my younger sister. Satu-satunya adikku. Semenjak ayah tak ada..terasa jugak bahang kesunyian. Tinggal mak, adik dan diriku je.. atas dunia dunia ni. Aku lah yang bertanggungjawab atas segalanya. Jaga mak dan jaga adik. Banyak perkara nak kena ingat, hari lahir mak, hari lahir adik... hari lahir diri aku sendiri, mmmmmmmm hari kematian ayah... dan macam-macam.

Tapi tak ape aku tetap bersyukur atas apa yang Tuhan kurniakan ke atas diriku, kalau nak dibandingkan pasti ada orang lain yang lebih sedih dan susah dari ini. Moralnya aku tak pernah mengganggap perkara ini menyusahkan. Pokoknya hidup mesti diteruskan. Yang penting jangan lupa menjaga ibu dan bapa baik-baik semasaa hayatnya ada. Adik pulak, itu je adik yang aku ada. Bila dia dah besar nanti mudah-mudahan kalau sesak-sesak dapat juga aku menumpang teduh.

Yang penting sekarang mak, adik dan diriku happy dan tak bersedih. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat. Kami sekeluarga doakan alfatihah buat arwah ayah...

Sunday, May 3, 2009

Syurga Seafood

Bagi mereka yang gemarkan seafood, KK juga merupakan tempat yang menawarkan pelbagai jenis seafood yang boleh memenuhi citarasa anda.

Kesegaran dan harga yang berpatutan mampu menawan hati para pelanggan yang berkunjung ke Waterfront, Kota Kinabalu untuk menikmati kepelbagaian makanan laut ini. Sediakan duit dan pilih sahaja besar, kecil, sederhana, samada ikan, udang, ketam, sotong dan sebagainya. Kata pepatah sesekali mencuba apa salahnya.

Setiap pengunjung pasti akan rambang mata melihat sajian hidupan laut yang dijual di setiap gerai. Kebanyakannya siap dibakar. Walaubagaimanapun ianya akan dipanaskan sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Keadaaannya adalah seperti di sebuah pasar malam yang besar. Namun begitu kemudahan meja makan disediakan yang mana setiap meja telah tersedia dengan limau kasturi, cili potong dan kicap bagi menambah rasa ketika menikmati hidangan.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke KK jangan lupa singgah di Waterfront untuk menikmati juadah seafood yang menarik ini.

Roti Gardenia




During my trip to Kota Kinabalu dari 21 - 24 April 2009 pelbagai perkara menarik aku temui. Untuk memastikan perkara itu menjadi memori yang berguna aku tidak lupa menulis dan mengabadikannya dalam blog.


Aku temui roti Gardenia yang packagingnya ditulis dalam tulisan jawi di KK. Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar, terdapat di KK, dan tidak di semenanjung. Hmmmmmm aku terfikir jugak istimewanya labeling yang digunakan selain dari memaparkan tulisan rumi malah warisan seni bangsa melayu tidak ketinggalan. Kita sepatutnya menjadikan ianya contoh terbaik dalam mengekalkan kewujudan tulisan ini di kalangan bangsa Melayu.


Sekiranya di teliti, tulisan jawi ini semakin jarang digunakan dikalangan bangsa Melayu. Selain dari pelbagai identiti yang berbeza dengan kaum lainnya, sepatutnya kita harus berbangga sebagai anak melayu kita mempunyai satu keistimewaan dari segi tulisan yang tidak mampu dikuasai oleh bangsa lain. Kita tidak sepatutnya membiarkan kewujudan tulisan rumi ini pupus ditelan zaman.

Blog Archive