Saturday, July 25, 2009

SELALU DENGANMU (TOMPI)

adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

reff: selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku
dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu

repeat reff
tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

oh tuhan tetapkan rasa cintaku ini
hanya untukmu
selalu setia selama-lamanya

tahukah kau diriku
tak sanggup
bila kau jauh dariku

Monday, July 13, 2009

Kursus Asas Keselamatan Kebakaran

Kursus yang aku hadiri last week. Selama 2 hari berturut-turut. Kursus ni di uruskan oleh pihak Bomba. Macam-macam yang aku pelajari. Banyak perkara-perkara yang aku tak tahu. Contohnya selepas dari siren kecemasan dibunyikan di balai bomba. Anggota Bomba bertugas harus bersedia untuk bergegas ke luar dari balai dengan menaiki lori Bomba dalam masa 1 minit. Itu adalah KPI setiap anggota Bomba yang bertugas.

Selain menghadiri kelas, aku di ajar cara-cara menggunakan fire extinguisher. Seronok gak sekali sekala belajar cara memadam api. Dapatlah peluang menyembur fire extinguisher tu. Kalau tak aku tengok je kat office. Pendek kata macam-macam informasi berkenaan fire extinguisher. Jenis-jenisnya dan kegunaannya untuk pelbagai jenis kebakaran. Bukan untuk jadi hero tapi sekurang-kurangnya mengetahui apa yang terkandung dalam fire extinguisher dan kegunaannya. Berapa jarak ketinggian yang wajib bagi kedudukan fire extinguisher diletakkan dari paras lantai. Ianya juga adalah untuk mengelakan powder di dalam tabung fire extinguisher menadi keras kerana haba yang tidak menentu.

Banyak jugak yang Bomba kongsikan bersama termasuk detik-detik mereka mengendalikan kes-kes kebakaran, kes-kes sensasi menyelamat mangsa di Highland Tower, Bukit Antarabangsa Hill View.

Aku juga berpeluang mengangkat hose reel yang Bomba gunakan untuk menyalurkan air dari paip. Mereka mempunyai kawat tertentu untuk mengangkat, menyambung dari satu hose ke satu hose sehinggalah membuka air dan menutup dan mengemas. Berat jugak hose reel dia orang, lebih kurang 12 kg. Itupun semasa ia kering sebelum diisi air.

Aku juga dapat menyaksikan kehebatan anjing-anjing pengesan mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh dan pelbagai lagi bencana alam. Anjing-anjing tersebut memang terlatih. Ada diantara bakanya dibeli dari Jerman dan dilatih di Malaysia. Sesetengah anjing yang terlatih itu boleh mengesan mayat meskipun mayat itu berada di dalam air.

Sepanjang 2 hari berlalu banyak lagi tips-tips yang diberikan oleh anggota bomba. Ianya merupakan pengetahuan pengalaman baru yang amat berguna bagiku.

Japan GT Moments


Monday, June 15, 2009




Blog Archive