Sunday, December 5, 2010

Melepak

















Melepak selepas Final Presentation. Cool. The moment that I waited for so long....Melepak di Sek. 7, Shah Alam. Menu makanan yang boleh didapati agak menarik. Banyak pilihan. Suasanan yang menarik. Macam biasa jenis restoran 'kopitiam' yang menawarkan 'wifi'. Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan menarik nafas lega selepas kami telah berhempas pulas melepaskan penat lelah selama 2 tahun. Buat pertama kalinya kami makan dan terasa benar-benar makan sambil bersantai. Bukan mudah untuk melepaskan penat lelah study for 2 years.

Kebetulan kedai kopitiam ni pulak bukak lagu 'rock kapak'. Cool jugak. Dah terasa macam zaman 80 an la pulak. Asam laksa yang dihidangkan pun nampak tersangat lah menarik. Malah rasanya juga memang enak. Lengkap dengan portion ikan yang sangat besar. Mee Hoon Goreng Tom Yam yang dipesan oleh rakanku jugak tak kurang enaknya. Inilah masa yang sangat sesuai untuk relax dan santai. Muzik ape pun, makanan ape pun tetap akan menjamin kedamaian. Hanya Tuhan saja yang tahu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive