Monday, May 24, 2010

Pari Bakar

Ikan pari bakar... Nampak sangat lazat. Memang lazat. Sangat menyelerakan. Sebuah gerai yang terletak di Pasir Panjang berdekatan dengan Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson menjual pelbagai jenis seafood seperti ikan pari, udang, sotong, kepah, ikan kerapu, ikan jenahak, ikan terubuk dan sebagainya.
Dengan harga yang berpatutan, pelanggan boleh menikmati seafood segar. Kedai ini dibuka bermula jam 5 petang sehingga tengah malam.

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan kedai ini melainkan individu yang terlibat dengan Kem PLKN berdekatan. Walaubagaimanapun setelah kami sekumpulan cuba makan di kedai ini, kami dapati makanan yang dihidangkan sangat memuaskan.

Kami menghulur bayaran dengan ekoran senyuman tanda kepuasan yang teramat sangat. Bayaran yang dibuat terasa amat berbaloi dengan kesedapan yang sukar digambarkan. Kesemua diantara kami pernah mencuba resipi yang dijual di restoran-restoran yang terdapat di Muara, Klang Selangor tetapi ape yang kami rasakan kini amat berbeza.

Cubalah, dan anda pasti tidak akan menyesal memilihnya.


Kuih tradisional orang melayu seperti kuih seri muka, kuih kasui, kuih lapis dan sebagainya masih sedap dimakan sehingga kini. Daya tarikannya bukanlah kerana rasanya sahaja tetapi warna pada kebanyakan kuih tersebut mampu mencipta tarikan luar biasa kepada pemakannya.

Perisa yang selalunya digunakan untuk kuih muih itu adalah pandan yang terhasil dari daun pandan sendiri. Selain dari itu kelapa parut yang masih muda juga digunakan untuk menyalut kuih kasui yang seterusnya menyerapkan rasa kelapa yang sangat enak.

Tidak susah untuk membuat kuih muih tersebut. Ini disebabkan bahan-bahan yang digunakan amat senang di dapati di mana-mana. Kebanyakan ramuan adalah santan kelapa, tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, gula merah, gula pasir dan sebagainya.

Bekas acuannya juga amat mudah. Kalau dahulu ianya dinamakan 'loyang' sementara menunggu ia sejuk dan sedikit keras. Setelah sejuk ianya sedia untuk di makan. Kebanyakan kuih muih sebegini adalah amat sesuai di hidangkan kepada jiran-jiran tetangga yang datang untuk membantu pihak keluarga pengantin sebelum majlis perkahwinan. Ianya sesuai dijamu kepada tetamu bagi majlis kenduri dan sebagainya.

Lazimnya warga-warga tua zaman dahulu lebih teruja dengan kuih muih sebegini berbanding dengan kuih zaman moden. Oleh itu, sebagai generasi masa kini yang terdedah dengan arus kemodenan tidak sepatunya melupakan kuih-kuih tradisi ini agar ianya tidak lapuk ditelan zaman.

Tuesday, May 18, 2010

KONSEP KEBUDAYAAN

Kebudayaan adalah cara hidup dan amalan. Definisi dari Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup iaitu merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir; serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi dan sebagainya.

Ini adalah konsep bagi modul kebudayaan yang di perjelaskan lagi kepada para pelatih di PLKN. Ianya menerangkan kepada para pelatih bahawa dua aspek kebudayaan adalah kebudayaan kebendaan dan kebudayaan bukan kebendaan. Kebudayaan kebendaan dapat dilihat dalam bentuk peralatan kesenian, senjata, perkakas memasak, bentuk rumah, dan sebagainya. Contoh-contoh kebudayaan bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, undang-undang, tingkah laku dan seumpamanya.

Penerangan ini adalah merupakan penerangan awal kepada para pelatih agar pemikiran pelatih lebih meluas terhadap kebudayaan di negara Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Kebudayaan dari pelbagai bangsa inilah yang memeriahkan dan sekaligus boleh menyatupadukan keseluruhan bangsa.

Selain dari itu pelatih diperkenalkan dengan ciri-ciri kebudayaan yang terdiri dari:

a. Diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain

b. Boleh dipelajari melalui orang dewasa atau kelompok masyarakatnya.

c. Boleh berubah dan disesuaikan dengan kehendak dan peredaran masa.

d. Mempunyai nilai atau peranan untuk mewujudkan perpaduan. Umumnya sesuatu bangsa itu disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.

e. Melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat dan menuntut setiap anggotanya mengamalkan kebudayaan yang sama.












Sunday, May 16, 2010

PLKN 3-7 MAY 2010

Program Integrasi PLKN di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson yang bermula dari 3 hingga 7 Mei 2010 telah meninggalkan sebuah kisah pengalaman yang amat menarik dan sukar dilupakan.

5 hari pelatih bukan sahaja terpaksa bertungkus lumus untuk membina kendiri tetapi juga pelbagai ilmu untuk meningkatkan jati anak bangsa ke arah 'one Malaysia' diterapkan sebagai persiapan untuk mengahadapi di masa hadapan.

Pelatih diterapkan dengan pelbagai modul. Bagi Program Integrasi sahaja ianya terbahagi kepada 3 modul iaitu Modul Kebudayaan, Modul Keagamaan an Modul Peranan Lelaki Dan Perempuan.

Program Integrasi ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan sesama individu dalam masyarat, di antara satu kaum dengan kaum yang lain dan di antara golongn lelaki dan golongan perempuan.

Ianya mempunyai objektif tertentu iaitu:

1. Meningkatkan perasaan saling hormat-menghormati di antara kaum untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

2. Meningkatkan hubungan silaturrahim di antara pelbagai kaum.

3. Apabila telah memahami kebudayaan sendiri dan kebudayaan orang lain, ianya boleh mengurangkan dan mengelakkan konflik.

5. Dengan menyedari persamaan dan perbezaan kebudayaan, maka ancaman boleh tertukar menjadi peluang, dengan cara bergabung menjadi satu tenaga yang kuat.

6. Dengan memahami peranan lelaki dan perempuan, kedua-duanya dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang kuat demi agama, bangsa dan negara.






Blog Archive