Friday, December 18, 2009

Presentation



Aku bangga dengan rakan seperjuangan kelasku. Pelbagai idea kreatif yang wujud ketika dalam kegelapan untuk melahirkan sebuah 'presentation' yang berkeyakinan, unik dan memberikan 'wow factor'.



Dari awal ku perhatikan terdapat kepelbagaian idea dari rakan-rakan sekelasku dalam membentangkan hasil kerja berkumpulan. Dari segi buah fikiran mahupun cara keterampilan. Group kali ini lengkap dengan songkok, baju kemeja putih dan berseluar hitam. Wow.... sangat segak. Sekali sekala macam nak ke pejabat kadi pula. Macam ahli politik pun ade. Belum lagi mendengarkan idea yang akan dibentangkan pasti pensyarah sudah berasa sangat teruja untuk mengetahui apa selanjutnya yang boleh dilakukan oleh group ini. Mereka membentangkan case 'Circle K-Corporation' yang konsepnya sedikit lebih kurang seperti konsep yang di aplikasikan oleh 7 Eleven - kedai serbaguna.

Macam-macam yang perlu kami tempuhi sepanjang sebulan mempelajari subjek Marketing Analysis ini. Kami diberi beberapa case yang wujud dikalangan syarikat-syarikat terpilih didunia seperti 'Toucon Collections, Inc', Jones. Blair Company, Procter & Gamble, Inc.: Scope, Cadbury Beverages, Inc.: Crush Brand dan macam-macam lagi. Sedikit packed semuanya perlu dihabiskan dalam masa sebulan yang mana masanya hanya terhad pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi inilah masa yang amat bermakna dalam mengejar apa yang dihajati.

Semuanya cuba melakukan yang terbaik. Dengan segala yang ada dan keadaan masa yang sangat terbatas. Well done my classmate.....

2 comments:

  1. time present je mesti dup dap dup dap je dada

    ReplyDelete
  2. [S]itie [B]Um [B]Um

    Yer betul tu.. seram sejuk pun ade

    ReplyDelete

Blog Archive