Sunday, November 21, 2010

Kucing Jiranku
































Kucing jiranku. Sangat cantik, sangat comel tetapi suka memanjat atas kereta. Too bad. Banyak bulu kuning berterabur atas bonet dan bumbung kereta.


Dah macam tradisi si kucing comel asyik sahaja memanjat ke atas bonet ataupun bumbung kereta. Kucing yang tak bertamadun langsung. Itulah kegemarannya tiap malam. Melompat dan terus menghuni bonet dan bumbung kereta. Mungkin si kucing comel merasakan itu adalah tempat yang paling selamat untuk beristirehat.


Kadar Caruman EPF Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus

Kadar caruman dinaikkan semula ke 11 peratus bermula Januari 2011. Pengumuman tersebut boleh di dapati di laman web KWSP . (http://www.kwsp.gov.my)


Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011.


Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.


Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.


Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.


Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.


Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 18 November 2010

My Favourite Shoes


My favourite shoes. Harganya tak mahal sangat. Walaupun ianya bukan kulit tapi sangat selesa. Pakaian, kasut, aksesori adalah penting bagi wanita. Ianya melambangkan keperibadian si pemakainya. Seseorang boleh kelihatan anggun sekiranya penampilannya digayakan dengan baju dan kasut yang bersesuaian. Warna pilihan turut memainkan peranan yang penting dalam kombinasi memadankan pakain dan kasut.

Yang nyatanya kasut yang bukan kulit lebih terdedah kepada kepelbagaian design yang menarik berbanding kasut kulit. Cuma si pemakai harus lebih berhati-hati dalam menjaga kasut tersebut kerana kadar ketahanannya sedikit kurang berbanding kasut kulit.
Warna cokelat mudah di padankan dengan pelbagai warna lain. Apalagi jika dikenakan dengan baju kurung yang kebanyakannye mempunyai lebih dari satu warna. Jalur dibahagian kiri dan kanan akan mempamerkan keanggunan sepemakai.

Blog Archive